Friday, May 27, 2011

Rahsia Kejayaan J-sung Park di Manchester?

2011/05/27

LONDON: Park Ji-Sung (atas) men­dedahkan betapa jus katak adalah ramuan rahsia di sebalik kejayaannya mengelilingi segenap pelusuk padang yang menjadikan pemain Korea Selatan itu sebagai kunci Manchester United dalam usaha menewaskan Barcelona pada final Liga Juara-Juara Eropah, esok.
Larian bertenaga Park menjadi kunci penting dalam resipi kejayaan direncanakan menentang juara Sepanyol di Wembley, tetapi ia adalah ramuan pahit itu yang menjadi asas kepada peningkatan pemain tengah itu.
Selepas menunjukkan bakat bola sepak ketika kanak-kanak, perkembangan Park dilihat terbantut kerana dia tidak memiliki tubuh fizikal diperlukan menangani keperluan pemain bola sepak di peringkat tertinggi.

Dalam usaha mempercepatkan perkembangan Park, ayahnya akan membuat perjalanan jauh dari rumah di Suwon ke wilayah Go-heung. Dia akan mengunju­ngi ladang katak mengumpulkan bahan bagi minuman protein pelik itu.

Apabila pulang ke rumah, jus katak itu akan direbus sebelum ditelan semuanya oleh Park.

Park mengakui jus itu menjijikkan tetapi remaja bertubuh kurus sanggup melakukan apa-apa dalam usaha menjadi pemain bola sepak.
"Ayah saya pergi menangkap katak liar. Saya bertubuh kurus dan lemah dan ayah saya mendengar bahawa jus mereka akan memberikan saya kekuatan dan membesarkan saya," kata Park.

"Ia rasa begitu teruk tetapi saya perlu minum kerana saya mahu menjadi pemain bola sepak dan semua orang berkata saya perlu menjadi lebih besar dan kuat. Mereka berkata ia adalah bagus untuk kesihatan dan saya sanggup makan apa-apa untuk meningkatkan kesihatan saya." - AFP

Tuesday, May 24, 2011

Lemas Dalam Kereta


Sungguh menyedihkan...
p/s: elakkan kecuaian...

TUMPAT - Tindakan tergesa-gesa seorang lelaki yang tidak mahu ketinggalan menghadiri upacara pengebumian sepupunya mengundang padah apabila dia pula kehilangan anak bongsunya yang lemas selepas tertidur bersendirian di dalam kereta kelmarin.
Kejadian pukul 11.45 pagi di Tanah Perkuburan Islam Morak dekat sini itu menyebabkan Nor Izyan Natasya Ishak, 3, menemui ajal selepas dia dibiarkan tidur di tempat duduk belakang kereta jenis Perodua Kancil selama hampir satu jam dalam keadaan kesemua pintu dan tingkapnya tertutup rapat.
Ketika ditemui, keadaan Nor Izyan begitu lemah manakala tubuh serta pakaiannya lencun dibasahi peluh ekoran tindakan bapanya, Ishak Salleh meletakkan kereta itu di bawah panas terik. Jarak antara kereta dan kubur itu kira-kira 500 meter.
Anak bongsu daripada enam beradik itu disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Wakaf Bharu dekat sini akibat kekurangan oksigen.
Sumber: kosmo (24 Mei 2011)

Monday, May 23, 2011

Bahan api takde harapan nak turun?

**Harga Minyak petroleum dijangka meningkat atau kekal...berharap nak turun dalam mimpi je la....Jadi maknanya, sama ada rakyat terus terbeban atau beban yang ada semakin berat...ni je pilihannya...




BUTTERWORTH: Rakyat tidak perlu gusar dengan kemungkinan kenaikan harga petroleum termasuk petrol RON95 kerana kerajaan belum membuat keputusan sama ada mengekalkan pada harga semasa atau menaikkan harga bahan bakar itu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kajian ke atas bahan api itu dilakukan selaras pelan Rasionalisasi Subsidi bahawa setiap enam bulan sekali, satu kajian semula perlu dibuat ke atas subsidi minyak.

"Kerajaan mengambil kira semua faktor termasuk inflasi dan beban rakyat kerana rakyat adalah keutamaan Barisan Nasional (BN) sebelum memutuskan sebarang keputusan mengenai semakan semula.
"Apa yang saya boleh katakan, minyak tidak akan turun tetapi harga petrol naik atau kekal, akan ditentukan selepas keputusan pelarasan yang akan dibuat akhir bulan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO bahagian Batu Kawan, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua UMNO bahagian Batu Kawan, Datuk Mohd Noordin Mohd Kassim.

Ismail Sabri berkata, walaupun harga petrol RON97 meningkat kepada RM2.90 seliter, ia tidak bermakna harga petrol tidak naik lagi dan jaminan harga minyak akan kekal selama-lamanya.

"Tahun lalu tanggungan subsidi hanya RM8 bilion, tetapi disebabkan minyak mentah dunia meningkat hingga mencecah AS$100 setong, tanggungan kerajaan mencecah RM18 bilion.

"Jika difikirkan, mengapa perlu kita menyuntik wang yang banyak bagi mengekalkan harga minyak di negara ini, sedangkan wang itu boleh digunakan untuk projek yang memberi kebaikan kepada rakyat termasuk membasmi kemiskinan," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Ismail Sabri meminta semua pimpinan UMNO terutama di Pulau Pinang perlu bekerja keras dan sentiasa mendahului pembangkang dalam mendekati rakyat.


"Kita perlu keluar dari zon selesa dan menjadi sebahagian rakyat supaya masalah mereka dapat diketahui dan dibantu sepenuhnya.


"Apabila timbulnya masalah dalam kalangan orang Melayu, UMNO perlu menjadi juara rakyat supaya rakyat mengetahui bahawa hanya UMNO yang mampu membantu mereka," katanya. 


**Menaikkan harga bahan api untuk membasmi kemiskinan???semakin miskin rasanya..sebab sumber makanan akan meningkat jika harga bahan api meningkat...ingat kita ni apa?